Sang Gajah dan Sang
Rusa
Bermulalah kisah pada suatu petang
sang rusa yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia
bersiar-siar tiba-tiba sang rusa telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia
cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan
adalah sia-sia, sang rusa pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari
lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada
idea yang bernas untuk sang rusa keluar dari lubang tadi, namun sang rusa tetap tidak mahu berputus asa.
Semasa mencari idea, sang
rusa telah terdengar bunyi tapak kaki yang agak kuat dan besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni
tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Rusa mendapat satu idea
yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu itupun
menegur sang rusa;
“Eh, sang rusa, tengah buat apa?”
Tanya sang gajah.
“Aku terjatuh dalam lubang yang besar
inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana
kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang
paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang rusa.
“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak
keluarkan engkau bagaimana?”
“Cuba engkau tengok sekeliling, mana
tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku Nampak ada dahan kayu”.
Kemudian sang gajah menggunakan
kekuatannya menolak tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak
tunggul kayu ke dalam lubang.
Kemudian sang rusa pun keluar dari
lubang itu dan seperti yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling
besar dalam hutan rimba. Maka,
pengakhirnya bagus sebegini, sang rusa tidak menipu sang gajah. Sang gajah
mendapat tebu setelah menyelamatkan sang rusa.
Kesimpulan, jadilah seperti sang
gajah yang baik dan cerdik. Sang gajah mengambil tindakan betul untuk menolong
sang rusa yang jatuh dalam lubang dan sang rusa pun tidak menipu sang gajah.
**** TERIMA KASIH ****


No comments:
Post a Comment